.: Selamat Datang :.

Laman ini mengandungi unsur-unsur kimia yang akan merangsang otak untuk memikirkan bagaimana untuk mengharungi hidup bersama pasangan hidup yang bakal menempuh ranjau yang tidak ada padoman,

Monday, November 1, 2010

loving you as do re mi fa so la ti do


semenjak dua menjak kesibukan melanda .... al maklumla baru sahaja mendirikan rumahtangga yang bahagia ...

poem hari ini ...

"loving you as do re mi fa so la ti do my love"


siapa yang dapat came up dengan poem begini ...

nantikan kemunculan buku pertama yang mengandungi poem-poem yang romantik and meaningful ...




Tuesday, July 6, 2010

Zaman Bujang Sudahpun Berakhir


Kami selamat diijab kabulkan pada 25 Jun 2010 , alhamdulilah majlis yang sederhana tetapi meriah agaknya ... antara gambar yang sempat di upload untuk tatapan tetangga ...

Rezeki, jodoh, ajal maut di tangan tuhan,
Cari rezeki halal,
jodoh yang halal,

Doa yang baik akan di terima
Doakan kami bahagia ..

Monday, April 12, 2010

24 Tips Untuk Kekal dengan Pasangan Anda

1. Jaga penampilan diri, kerana semua orang suka dengan kekemasan dan kecantikan. Persepsi pertama adalah sangat penting dan jangan tonjolkan keburukan anda pada awal pertemuan.

2. Ikhlas dalam memulakan perhubungan, jangan malu untuk jadi diri kamu sendiri, bukannya berlakon dan berlagak seperti orang lain yang akhirnya akan menjerat diri sendiri

3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.

4. Sentiasa berfikiran positif, datang untuk bertemu si dia dengan penilaian yang kosong dan tidak curiga, dengan berfikiran positif, anda lebih mudah menerima seseorang.

5. Elakkan mengguna perkataan berunsur negatif seperti (Saya Tidak Suka). Lebih baik bercerita tentang kesukaan masing–masing. Gunakan ayat positif seperti (Saya Suka).

6. Pada pertemuan pertama, jangan fokuskan perbualan tentang masalah, kesibukan kerja dan sebagainya. Si dia tidak datang untuk berasa sedih, maka gembirakanlah si dia.

7. Jangan kedekut dengan kata pujian, berikan pujian seikhlas hati anda, tetapi jangan sampai berlebih-lebih. Anda boleh memuji warna bajunya, rambut, kasut dan sebagainya.

8. Tunjukkan yang anda mengambil berat terhadap pasangan anda, tolong dalam perkara–perkara kecil seperti mengangkat beg, membuka pintu. Ini menunjukkan yang anda seorang prihatin.

9. Jangan bersikap ego atau sombong, sebaliknya jangan abaikan unsur humor. Ini memberi tanda bahawa anda mudah didekati dan bersikap terbuka untuk menerima hubungan baru.

10. Jika kekasih anda melakukan kesalahan, beri dia peluang untuk memberi keterangan. Mungkin dia ada alasan KUKUH atas perbuatannya, jangan sampai anda yang malu sendiri.

11. Apabila anda melakukan kesalahan, jangan malu untuk mengakuinya. Ringankan mulut anda untuk mengucapkan perkataan maaf. Tunjukkan keikhlasan dan jangan sesekali mengulanginya lagi.

12. Cari waktu yang sesuai untuk membincangkan masalah. Persekitaran atau iklim, komunikasi yang baik dapat mempengaruhi perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah.

13. Ketika membincangkan sesuatu masalah, jangan gunakan bahasa tersirat. Lebih baik berterus-terang supaya pasangan anda faham akan perkara yang hendak disampaikan.

14. Jangan terlalu menunjukkan yang anda adalah sangat baik dan sempurna. Dengar dahulu penjelasan kekasih anda, walaupun dia bersalah dan lebih baik bersikap merendah diri.

15. Ketika membincangkan sesuatu masalah, tumpukan kepada masalah, persoalan dan jalan penyelesaian, bukannya dengan menyalahkan atau menuding jari kepada sesiapa.

16. Jangan sekali-kali membandingkan kekasih anda dengan orang lain, terutamanya bekas kekasih mahupun kawan-kawan baik anda, seolah-olah si dia kurang menarik bagi anda.

17. Semua orang mempunyai ego. Hormati ego kekasih anda dan jangan merendahkan ego kekasih anda dihadapan orang ramai. Jika si dia sedang marah, lebih baik berdiam diri.

18. Gunakan daya pujukan yang tinggi semasa menangani kekasih yang sedang merajuk. Gunakan kata-kata dan janji-janji manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.

19. Setiap masalah harus diselesaikan, bukannya ditinggalkan dengan alasan (iaitu Lupakan Saja). Suatu hari nanti, masalah itu akan berbangkit dan membawa masalah baru yang lain.

20. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.

21. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.

22. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.

23. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.

24. Dekati hobi kekasih anda, dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

Friday, February 26, 2010

i trust you but ...


i trust you will be the better person than yesterday..

to aygku..

take care of yourself,

even though i do not know what you been doin lately , still i trust you gurl

win my trust you only have 1 shot,

may my heart be with you,

love letter from your's abe:

firhan hensem cute dan babyface

to:

ayu cute, hensem and stylo

Thursday, February 18, 2010

yang rindu ?

rindu tak berpenghujung

tapi itulah dia rindu,

siapa yang patut rindu?

tanyalah hati, siapa yang salah merindu?

hati tidak pernah salah merindu...(kekeke)

kalau rindu , .......

Thursday, February 11, 2010

.: Pendapat Bro Razzi :.

* Mengapa saya ditinggalkan tanpa sebarang berita?
* Mengapa tiada respon? sms/call/email/ym/chat semua tak jawab!
* Mengapa tak ambil tahu hal saya lagi? tidak mengambil berat? walau saya telah meminta maaf, dan lakukan apa saja?
* Mengapa biarkan saya kesunyian, kesepian, mengapa menghilangkan diri?
* Mengapa sudah tidak semesra dulu?
* Mengapa biarkan saya sendiri merindu cinta yang semakin sepi?
* Mengapa buat saya menangis sepanjang masa??

Sebenarnya, kesemua soalan ini hanya ada 1 jawapan sahaja. Apakah jawapannya?? I yakin jauh dilubuk hati you all, pun tahu mengapa, kan?

Memahami lelaki adalah cukup senang…kerana, lelaki akan bersungguh-sungguh menunjukkan dia cinta jika dia benar-benar cinta. Jika tidak cinta…berbagai-bagai alasan diberikan untuk menolak sebarang cadangan!

Jika cinta, sayang…dia akan mengambil berat, dia akan sentiasa call berkali-kali, sms, email, chat selalu dan dia akan mahu sentiasa bersama anda. Dia mahu jumpa setiap masa dan dia akan bercakap tentang perhubungan anda berdua pada setiap masa. Jika berjauhan pula, mahu mendengar suara anda setiap hari.

Jika LELAKI sudah tidak lakukan itu semua?…Jawapan kepada soalan anda ialah…

“…maknanya, dia sudah tidak berminat sangat dengan anda. Sudah TIDAK CINTA …ATAU kemungkinan besar dia sudah mempunyai kekasih yang lain.”

Anda tidak perlu memberi apa-apa alasan lagi. Dan jangan pula menjawab untuk kaum lelaki pula. Cakap dia tak gitu, dia tak gini. NO!!

INGAT…ITULAH LELAKI …that’s it. Tiada jawapan lain, tiada alasan lain lagi. Very simple. Dia nak…dia akan tergila-gila. Dia dah tak nak…dia buat dek, dia hilang, no calls, nothing!

Pendapat Bro Razzi, meratapi si dia yang hilang entah kemana, mengenang segala kenangan manis bersamanya, menanti sehinga bertahun-tahun namun dia tak masuk-masuk meminang…HANYA MEMBUANG MASA!

“Dia dah bahagia dengan hidupnya…percayalah! Lelaki tidak akan menunggu lama seseorang wanita itu jika dia sudah tidak cinta. Kecuali, dia tiada pilihan yang lain.”

In my further opinion :-

Cari yang lain dan jangan berhubung dengan dia lagi. Kerana ianya hanya akan menghancurkan masa depan anda. Ingat, makin lama umur anda semakin meningkat. Mulakan hidup baru…dan lepaskan kenangan lalu.

Memang susah jika anda masih solo. Ianya lebih mudah jika anda mulai membuka hati dan meluaskan pandangan anda. Yang penting, anda mahu. Kena ingat, tidak semesti orang yang berkahwin itu jodoh dia. Mungkin mereka akan terpisah, bercerai dan kahwin baru. Jadi, anda kenalah mencuba, barulah anda tahu itu jodoh anda atau tidak. Kemudian, usahakannya.

Jadi, anda harus memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk mengenali orang baru, membina satu perhubungan baru. Please…janganlah duk meratapi cinta yang dah berkulat dan masih di takuk lama.

ANDA MESTI MOVE ON! best thing, make a new friend, thats a start! :-

* Apabila dia tidak jawab call/sms/email…boom, you cari kawan baru!
* Apabila dia hilang tah kemana je…you cari teman baru!
* Apabila tak mengambil berat lagi…cari yang care lebih kat kita!
* Apabila asyik jawab nanti, nanti, nanti…boom, tinggal dia!
* Apabila break aje…MOVE ON!
* Apabila dikecewakan…cepat-cepat mula hidup baru, dunia baru, kawan baru, cari boyfriend baru :)

BUT, jangan cepat-cepat nak bercinta balik, sebaliknya, Ingatlah… anda berhak untuk enjoy this moment, berkenalan dengan lelaki dan have fun while you single!…and find your Mr Right!

credit to: http://razzirahman.com/blog/

Wednesday, February 10, 2010

Tuhan Lebih Sayang Kan Mu

Segala-gala adalah ‘kerja Tuhan’ …cuba kita renungkan sejenak…

- Mengapa jiwa ku kosong tanpa nya setelah berkali-kali untuk bersama?

  • Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin dia sebenarnya bukan untuk mu. Pasti ada yang lain.

- Mengapa pertemuan tidak berlaku setelah begitu rapi dirancang?

  • Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu….mungkin pertemuan itu hanya akan mengecewakan mu suatu hari nanti.

- Mengapa percintaan terputus di tengah jalan setelah dicurahkan segala-gala kasih sayang?

  • Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…mungkin sekiranya percintaan itu berterusan, hidup kamu akan merana kerana bersama orang yang tidak benar-benar cintakan mu.

- Mengapa tidak ada sekelumit pun cintanya terhadap ku?

  • Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin jika kamu bercinta dengannya, kamu hanya akan bersedih sepanjang masa kerana kecurangannya.

- Mengapa tidak panjang jodoh aku dan dia?

  • Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin Allah punya rancangan yang lebih baik untuk kamu, mungkin Tuhan menyediakan jodoh kamu yang lain yang sebenar-benarnya jodoh mu.

Kita selalu bercakap pasal agama islam, kita selalu berkata tentang hikmah dari Tuhan, kita juga selalu berkata InsyaAllah… tetapi, sejauh manakah kepercayaan kita kepada apa yang kita selalu ucapkan? Kerana, jika benar-benar kita percaya kepada Allah, maka kita kenalah redha dengan setiap apa yang berlaku dan anggaplah ianya berlaku begitu KERANA…

“Tuhan lebih menyayangi mu! …So jika begitu, bukankah we should be happy?”

credit to:

http://razzirahman.com/blog/